Masakan Terengganu. Resepi asal menggunakan kaki lembu yang dibakar tapi yang nih versi senang.. yelah mana lak nak carik kaki lembu kat pasaraya kan? Kurang-kurang leh gak mengubat kerinduan kat rojak kateh original kat Pasar Payang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rojak Kateh

Masakan Terengganu. Resepi asal menggunakan kaki lembu yang dibakar tapi yang nih versi senang.. yelah mana lak nak carik kaki lembu kat pasaraya kan? Kurang-kurang leh gak mengubat kerinduan kat rojak kateh original kat Pasar Payang.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
  • 1 senduk kecil lada giling
  • 2 senduk kecil cuka makan
  • Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
  • 1 keping gula nisan’/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
  • Sedikit garam & gula
CARA PENYEDIAAN
  • Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  • Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  • Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan’/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  • Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
  • Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!
  • * Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN