masakan Indonesia tapi diolah sendiri,masa buat 30-45 minit sahaja, sesuai untuk minum petang
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Risoles
masakan Indonesia tapi diolah sendiri,masa buat 30-45 minit sahaja, sesuai untuk minum petang
BAHAN-BAHAN
- Utk Kulit Risoles
- 150g Tepung Gandum – agak2 kalo adunan cair sangat, tambah tepung lg n kalo pekat sgt tmbah la air or susu lagi
- 500ml Susu Segar…tp kalo x nak guna susu..bley je ganti dgan air
- 1/2 kiub pati ayam(optional, x letak pun xpe)
- Secubit Garam
- 1 biji Telur
- Utk Inti Risoles
- 3 ulas Bwg Putih – dicincang halus
- 1/2 Bwg Bombay – dipotong dadu
- 1 mangkuk isi ayam – dipotong dadu & direbus
- 1 biji Carrot – dipotong dadu
- 1/2 biji sengkuang – dipotong dadu
- 1 Cwn Susu Segar
- 3 Sb Tepung Gandum
- 1/2 kiub pati ayam
- Serbuk Black Pepper – jika suka
- Garam & Gula- secukup rasa
- Oregano – Optional
- Telur & bread crumb
- If x nak pakai carrot n sengkuang bley je ganti sayur lain..sy biasa jugak guna carrot n celery..
CARA PENYEDIAAN
- Utk Buat Inti, rebus carrot & sengkuang sehingga empuk.
- Panaskan minyak, masukkan bwg putih sehingga naik bau, masukkan bwg Bombay dan seterusnya tepung gandum dan susu segar.
- Masukkan ayam yg telah direbus, kiub pati ayam, carrot dan sengkuang.
- Perasakan dgn garam, gula, black pepper n if suka masukkan oregano.
- Jika inti terlalu kering, boleh tmbahkan air atau susu segar lagi – ikut kesesuaian.
- Utk Buat Kulit – campurkan kesemua bahan2 utk kulit dan sebatikan.
- Dadarkan adunan kulit di dalam kuali atau pan. Dadar bagi nipis dan pastikan cukup besar utk dilipat – biasanya sy buat besar saiz piring kuih
- Ambil kulit yang telah didadar dan letak inti n bungkus spt bungkus popia.
- Celupkan risoles yang telah dibungkus kedalam telur dan bread crumb seterusnya goreng hingga masak
- * If malas sgt nak buat kulit sendiri..pakai je kulit popia..tp rasanya da berbah skit la..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.