Jom tengok macam mana nak transform lebihan rendang jadi hidangan menarik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Potato Skins

Jom tengok macam mana nak transform lebihan rendang jadi hidangan menarik.

BAHAN-BAHAN

  • Ubi kentang 
  • Minyak zaitun 
  • 1 biji bawang kuning (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cawan lebihan rendang 
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • 1/2 cawan lobak merah (dipotong kiub)
  • 1/2 cawan kacang peas 
  • 100g mentega
  • 1/2 cawan Cheddar parut 
  • 1/2 cawan susu
  • Garam dan lada 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C.
    2. Sapukan ubi kentang dengan minyak zaitun. 
    3. Cucukkan ubi kentang dengan garpu. 
    4. Balut ubi kentang dengan Glad Aluminum Foil. 
    5. Bakar selama 45 minit. 
    6. Keluarkan isi ubi kentang. 
    7. Gaul isi ubi kentang dengan mentega, Cheddar, susu, garam, dan lada.
    8. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun. 
    9. Tumis bawang kuning dan bawang putih. 
    10. Masukkan rendang dan tumis. 
    11. Masukkan tomato dan masak hingga lembut. 
    12. Masukkan lobak merah, kacang peas, garam, dan lada. Masak hingga lembut. 
    13. Cedokkan rendang ke dalam kulit ubi kentang.
    14. Pipe kentang putar ke atas isi rendang. 
    15. Bakar 15 minit. 
    16. Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN