variasi resipi roti

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Raisin potato bun

variasi resipi roti

BAHAN-BAHAN

  • *300gm tepung roti/protien tinggi
  • *60 gm gula
  • *1/2 sudu teh garam
  • *3 sudu besar susu tepung
  • *2 sudu teh yis segera
  • **1 biji telur-pukul sedikit
  • **130ml air/air rebusan kentang/susu segar( abaikan susu tepung jika menggunakan susu segar)
  • ***70gm kentang lenyek
  • ***60 gm mentega/marjerin/shortening
  • sedikit Kismis-
  • Parutan keju
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul sebati bahan bertanda *.
  • Masukkan bahan bertanda ** dan uli menjadi doh.
  • Masukkan bahan *** dan teruskan menguli hingga doh menjadi lembut & elastik.
  • Masukkan ke dalam mangkuk & biarkan doh naik 2 kali ganda selama 45min-1jam di tempat panas.
  • Tumbuk2 doh supaya angin keluar dan bahagikan doh kpd bola2 kecil 40gm dan rehatkan selama 10 min.
  • Bentukkan bola2 doh menjadi panjang seperti tali dan taburkan kismis.
  • bentukkan/pintal doh mengikut citarasa
  • Rehatkan selama 45min-1 jam. Taburkan parutan keju dan bakar pada suhu 200C selama 20 min atau sehingga masak.
  • Nota:
    1-Utk kentang lenyek-rebus kentang hingga empuk & lenyek.
    2-kentang lenyek juga blh diganti dgn kentang instant mashed potato.
  • Nota: 3- saya suka menggunakan air rebusan kentang sebab roti menjadi lebih lembut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN