Bagaimana cara nak masak Puyu Masak Cuka?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puyu Masak Cuka

Bagaimana cara nak masak Puyu Masak Cuka?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan puyu (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu kecil biji sawi 
  • ½ – 1 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong nipis)
  • 2 biji cili merah (Dipotong nipis)
  • 3 biji cili hijau (Dipotong nipis)
  • 1 sudu teh gula 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. 
    2. Gorengkan ikan sehingga agak garing. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan. 
    3. Tinggalkan sedikit minyak. Tumiskan bahan yang dihiris dan biji sawi sehingga wangi. 
    4. Masukkan air, cuka, serbuk kunyit, gula, dan garam. Biarkan mendidih. 
    5. Masukkan bawang besar, cili merah, dan cili hijau. Kemudian kacau rata. 
    6. Tuangkan ke dalam pinggan berisi ikan goreng tadi dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN