“Putu Mayamâ, orang utara panggil âputu mayungâ. Mana satu betul ni ek? Manakala orang India Selatan menggelar âIdi Apomâ. Tapi âPutu Mayamâ kot betul kerana in Bahasa Inggeris di panggil â String Hoppersâ. Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Putu Mayam Perantau
“Putu Mayamâ, orang utara panggil âputu mayungâ. Mana satu betul ni ek? Manakala orang India Selatan menggelar âIdi Apomâ. Tapi âPutu Mayamâ kot betul kerana in Bahasa Inggeris di panggil â String Hoppersâ. Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).
BAHAN-BAHAN
- 300g Tepung Beras
- 600-700 ml Air Panas
- Garam secukup rasa.
- 2 helai daun pandan
- Pewarna jika suka
- Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).
CARA PENYEDIAAN
- Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
- Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat di periuk/mangkok adunan. Kalau nak boh kaler pandailah adjust yer
- Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tak tahan gunalah senduk kayu apabila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 4 bahagian.
- Panaskan air dalam bekas kukus bersama daun pandan.
- Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang pon ok kot.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau tekan mengikut saiz yang disukai.
- Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
- Kukus 5-10 minit.
- Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
- Nota:- Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan air blend daun pandan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.