kuih raya orang dolu-dolu yang mudah dan jimat kos….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Putu Kacang Hijau

kuih raya orang dolu-dolu yang mudah dan jimat kos….

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kacang hijau
  • 1/2 kg gula mesin halus
  • acuan putu plastiki atau kayu
  • balang kuih
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
  • Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi…kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
  • Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
  • Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
  • Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
  • Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan kedalam balang kuih….Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN