restoran fast food

Pernah tak korang teringat-ingat restoran fast food yang pernah menjadi kegemaran sewaktu masih kecil?

Kadang-kadang bila terfikir balik memang akan rindu dengan menu yang dijual, lagi-lagi kalau tak ada penggantinya.

Menerusi laporan The Outlook, kebiasaannya restoran-restoran ini ditutup kerana tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Baca juga: Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola

Situasi ini boleh jadi sangat mengecewakan buat para penggemarnya kerana tak lagi dapat menikmati hidangan yang sentiasa menjadi pilihan.

Untuk mengembalikan nostalgia lama, berikut merupakan senarai empat restoran makanan segera yang pernah popular di negara ini suatu ketika dahulu.


RESTORAN FAST FOOD YANG DULU POPULAR, KINI DAH TIADA

1. Papa John’s

restoran fast food

Pada tahun 2009, Papa John’s telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia dibawah Berjaya Group.

Namun disebabkan pada ketika itu Pizza Hut dan Domino’s kekal menjadi pilihan utama para pelanggan, secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk bertahan lama.

Difahamkan cadangan penutupan kesemua cawangan Papa John’s di negara ini diputuskan oleh pihak atasan restoran makanan segera berasal dari Amerika Syarikat ini.


2. Shakey’s Pizza

Rasanya rata-rata rakyat Malaysia pasti sangat familiar dengan restoran ini. Malah rasa hidangan pizzanya yang begitu enak juga masih terasa-rasa di lidah.

Namun apakan daya, restoran ini turut tidak dapat dijumpai lagi di mana-mana tempat di negara ini.

Tetapi mengikut laporan The Star, 21 cawangan Shakey’s Pizza telah ditukar menjadi Domino’s Pizza atas perjanjian kerjasama antara kedua-dua pemilik.

Agak-agak Domino’s Pizza yang selalu kita makan selama ni rasa sama macam Shakey’s tak?


3. Wendy’s

restoran fast food

Restoran ini pertama kali dibuka di Malaysia pada tahun 2008 dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ia pernah dibuka pada sekitar tahun 1980 tetapi tidak bertahan lama.

Cawangan yang dibuka pada tahun 2008 ini bertempat di Berjaya Times Square dan beberapa tempat lain sebelum setiap cawangan menghentikan operasinya secara berperingkat pada tahun 2019.

Difahamkan, Berjaya tidak memperbaharui lesen francaisnya dan setakat ini tiada cawangan Wendy’s lagi di Malaysia.


4. Tutti Fruti

Rangkaian pencuci mulut yogurt ini adalah cukup terkenal suatu ketika dahulu sebelum adanya Llaollao.

Bagi korang yang peminat lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, mesti akan teringat video klipnya yang memaparkan percintaan zaman remaja di Tutti Frutti ni. Boleh search balik dekat youtube. Hiks!

Walaupun harganya agak mahal kerana dikira mengikut berat sehingga ada yang takut untuk mencuba, namun jumlah francaisnya telah berkembang dengan cukup hebat.

Sebelum setiap cawangannya ditutup sepenuhnya, difahamkan jumlah keseluruhan Tutti Frutti di negara ini adalah sebanyak 85 outlet.

Terbukti pencuci mulut ini memang sangat famous sebelum ini tapi sayang sekali popularitinya merudum dan tidak mampu dikawal lagi.


Baca juga: Korang Penggemar Kopi? Wajib Cuba Kopi Tenggek Jika Singgah ke Pontian

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN