Pelbagaikan resepi puri yg sedia ada…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puri Keledek
Pelbagaikan resepi puri yg sedia ada…
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cawan keledek yg telak di lecek
- 2 1/2 cawan tepung gandum (lebih/kurangkan semasa menguli)
- 1/2 sudu teh garam
- Untuk pencicah saya buat sambal bilis kisar. Bahan2nya :
- Cili kisar ikut selera. Kalo nak pedas tambahkan cili padi (sambal ni lagi pedas lagi sedap)
- 1 biji bawang besar **
- 2 ulas bawang putih **
- Segenggam ikan bilis
- Asam jawa, garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Tambahkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam keledek yg telah dilecek. Uli hingga menjadi doh yg tidak melekat.
- Perap doh lebih kurang 30 minit. Tutup bekas doh dengan tuala ye supaya doh tak kering.
- Sementara doh istirehat meh kita buat sambal pencicahnya dulu. Kalo nak buat sambal sadin ke, kari ayam or daging ke boleh aje…semua sedap!
- Kisar bahan bertanda ** hingga halus, kemudian masukkan ikan bilis. Kisar sebentar sahaja. Pada yg suka halus pun boleh juga kisar aje laju2..
- Tumiskan cili kisar hingga garing kemudian masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan asam jawa, garam & gula secukupnya…ha dah siap. Meh kita lenyek doh puri tadi pulak ye…
- Bahagikan doh kepada ketulan kecil. Saya buat 20 biji. Saiz x kisah. Kalo beso maka beso jugak la hasilnye :)
- Panaskan minyak. Ambil seketul doh kemudian gelek hingga leper. Minyak dah panas tu apa lagi masukkan cepat. Pastikan api jgn terlalu kuat ye…slow motion sudah.
- Tekan skit puri dgn senduk. Jangan kuat2 nanti lemas pulak. Bila dah mula menggelembung cepat2 jiruskan minyak atas puri sampai dia betul2 montel. Balik2kan…jgn sampai hangus…buat la sampai abis. Sekian :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.