Hidangan asli peranakan…tetapi sudah diubahsuai sedikit. Sepatutnya dimakan dengan seri kaya, tapi saya gandingkan dengan kuah durian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Tai Tai

Hidangan asli peranakan…tetapi sudah diubahsuai sedikit. Sepatutnya dimakan dengan seri kaya, tapi saya gandingkan dengan kuah durian.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg beras pulut, rendam 2 jam
  • 30 kuntum bunga telang + 2 camca besar air panas. Biar 10 minit dan perah jusnya (boleh diganti dengan pewarna biru)
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • Kuah Durian:
  • 1 biji durian sederhana besar, ambil isinya
  • 2 ketul gula melaka, masak dengan 1 cawan air hingga gula larut dan tapis
  • 1 cawan gula pasir
  • 1.5 liter santan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 camca besar tepung gandum + 2 camca besar air, kacau hingga larut
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Pulut: Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang, ratakan. Satukan garam dengan santan cair, kacau hingga sebati dan tuang atas pulut tadi. Tuang air lagi hingga separas dengan pulut. Letakkan simpulan daun pandan.
  • Kukus di atas air mendidih selama 20 minit. Kemudian gaul pulut biar masak rata, ambil 1/3 bahagian pulut tadi dan gaulkan bersama jus bunga telang (atau pewarna biru), dan masukkan kembali ke loyang dan kukus lagi 10 minit atau hingga pulut masak.
  • Alas loyang 4 segi berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan pembalut plastik. Kemudian, selang-selikan pulut yang berwarna biru tadi bersama pulut yang tanpa warna sehingga memenuhi loyang.
  • Ratakan pulut tadi dengan tangan (yang disarung plastik), dan tekan-tekan biar padat. Biarkan sejuk kurang lebih 1 jam.
  • Kuah Durian: Dalam periuk satukan semua bahan untuk kuah durian kecuali tepung gandum dan garam. Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum dan garam. Kacau hingga rata dan rasa kuahnya. Jika agak manis boleh tambah sedikit lagi air. Bila kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat, bolehlah padamkan api dan dihidangkan bersama pulut tadi.
  • Gambar bunga telang yang digunakan untuk mendapatkan warna biru.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN