Mudah dan cepat. Gambar dari laporan masakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Panggang Sempoi

Mudah dan cepat. Gambar dari laporan masakan.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :
  • 1 kg beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 sudu garam
  • Bahan B :
  • Serunding Ikan
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh pulut, rendam dalam air selama 1 jam. Masukkan pulut dalam Pyrex. Masukkan bahan A. Pastikan paras santan dan air cukup menutupi paras pulut. Letak dalam ketuhar. Set selama 12 minit.
  • Lepas cukup tempoh, tutup Pyrex tadi dengan pinggan dan set 8 minit lagi. Sambil tu sediakan daun pisang.
  • Kemudian masukkan pulut yang dah masak tadi atas daun pisang. Lebarkan macam buat lepat pisang.
  • Lepas tu letak serunding ikan di tengah pulut. Kemudian gulung dengan daun pisang tadi, biar padat. Sepit dengan lidi.
  • Untuk panggang, panaskan minyak sikit dalam kuali. Kemudian susun pulut-pulut berdaun pisang tadi atas kuali dan golek-golek sampai daun jadi layu. Kalau suka garing, boleh biar hingga daun jadi hitam sikit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN