Dipanggil juga romeo & juliet. Belajar dari mak, mak buat bisnes pulut dakap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Dakap

Dipanggil juga romeo & juliet. Belajar dari mak, mak buat bisnes pulut dakap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg beras pulut
  • 35 oz santan daripada 1 1/2 biji kelapa (lebih kurang 5 cawan)
  • 15 biji pisang emas (dibelah dua)
  • 2 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (dilayur)
  • Tali untuk ikat
  • 2, 3 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan santan dalam periuk yg agak besar dan letak atas api. Masukkan garam dan daun pandan yg disimpul.
  • Apabila santan sudah menggelegak, masukkan pulut yang telah dicuci dan ditos terlebih dahulu.
  • Sentiasa kacau supaya tidak berkerak hingga pulut separuh masak atau santan sudah kering. ( Lebih kurang 25 minit). Tutup api dan ceduk beberapa senduk masukkan dalam bekas lain.
  • Daun pisang dipotong selebar lebih kurang 15 cm.
  • Bentangkan daun pisang.Ambil 3 sudu pulut dan ratakan. Letak pisang ditengahnya.Balut.
  • Dah siap balut semuanya, cari pasangan yang sama panjang dan dakapkannya. Lalu diikat di kedua-dua bahagian hujungnya.
  • Rebus untuk 45 minit. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
  • Buka ikatan tali dan boleh dimakan.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN