diambil dr buku resipi masakan thai

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Sagu dgn Pati Santan

diambil dr buku resipi masakan thai

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
  • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
  • Bahan2 utk pati santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  • Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  • Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
  • Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  • Cara2 utk membuat pati santan:
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
  • Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN