Mencuba kelainan dari puding jagung…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Roti Lapis Kastard
Mencuba kelainan dari puding jagung…
BAHAN-BAHAN
- 12 keping roti gardenia ( dibuang kulit dan di potong 4 bahagian)
- 1 biji telur ayam
- 1 tin susu sejat (400ml)
- 1 cawan tepung kastard
- 1 peket serbuk agar-agar jernih cap swallow and globe
- 700ml air
- 250 gram atau 3/4 cawan gula
CARA PENYEDIAAN
- Buangkan kulit roti, potong ikut suka. Untuk mudah, potong jadi 3 atau 4 bahagian.
- Dalam mangkuk besar, pukul telur hingga kembang, masukkan susu sejat dan tepung kastard. Kacau hingga sebati.
- Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk dan jerangkan hingga mendidih. Kacau supaya gula mudah larut.
- Apabila agar-agar sudah mendidih, masukkan tepung kastard tadi dan masakkan atas api sederhana/ kecil hingga pekat.
- Tutup api dan alihkan periuk tadi.
- Masukkan sedikit kastard tadi ke dalam bekas. Pastikan ianya rata dan nipis. Kemudian, susunkan selapis roti.
- Selang-selikan susunan. Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan kastard.
- Masukkan dalam peti sejuk.
- Sedap dimakan apabila sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.