manisan yang enak dan mengenyangkan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding roti jagung bersos kastard

manisan yang enak dan mengenyangkan

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti saiz kecil (saya guna roti gardenia)
  • 5 butir telur (dikocok sedikit)
  • 1 tin susu cair (saya guna F&N)
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan air jagung( jika kurang boleh tambahkan air)
  • 120g gula halus / kastor
  • 2 camb mentega
  • 2 camt perisa vanila dan sedikit coklat chip ~ 1/2 cawan
  • BAHAN SOS KASTARD
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1camb tepung kastard
  • gula secukupnya ( saya guna 1 camb ikut citarasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga rata dan masukkan telur.
  • Dalam bekas/loyang ( 9 x 9 in @ yg bersesuaian)sapukan rata2 dengan majerin/mentega.
  • Campurkan susu, jagung,air jagung, perisa vanila dan panaskan sebentar di atas api. Ketepikan.
  • Susun roti rapat-rapat selapis dalam loyang dantaburkan dengan choc chip. Tutupkan dengan lapisan roti lagi dan buat hingga habis berselang seli dengan taburan choc chip
  • Masa ini bolehlah panaskan oven (suhu ~ 170 ‘ C). Satukan campuran mentega ke dalam campuran susu .
  • Curahkan susu panas campuran tadi atas roti rata sehingga menenggelamkan roti. Biar seketika hingga susu meresap rata barulah bakar ~ 40 minit hingga atasnya agak kekuningan.
  • BUAT SOS KASTARD
  • Satukan semua bahan kacau rata dan panaskan hingga agak pekat.
  • Curahkan atas puding roti dan boleh dinikmati panas atau sejuk. Selamat mencuba…
  • Biasa buat tengahari simpan dalam esbok dan petang makan sebagai minum petang..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN