Resepi dari internet yang diubahsuai sukatannye, penyediaan tak smpai 20 minit!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 20min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Pelangi

Resepi dari internet yang diubahsuai sukatannye, penyediaan tak smpai 20 minit!

BAHAN-BAHAN

  • 10g serbuk agar-agar (boleh guna agar-agar tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula – boleh sampai 160g uutuk yang versi kurang manis lagi)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna-warna lain pun boleh)
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  • Pukul telur sebentar menggunakan pemukul kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan esen vanila dan kacau hingga rata. Lepas tu tutup api.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk (sama banyak). Kemudian bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata, adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing boleh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/apa-apa bekas puding sedikit (yang saya gunakan bekas petak 7×7 inci) – i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa-apa untuk tinggikan).
  • Mula-mula tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yang paling rendah tu), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras boleh dihidang….maaf la, puding yang buat hari itu tak macam pelangi sangat sebab baru je masuk dalam peti ais, anak dah usik dengan jarinya – tak sabar nak makan :(

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN