Mudah dan sangat enak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Kuah Laici
Mudah dan sangat enak
BAHAN-BAHAN
- 20 gm agar-agar tali
- 1 tin susu cair
- 1 cwn gula
- 6 gelas air
- 2 bj telur
- 3 sudu besar tepung kastard
- vanila
- ****KUAH******
- 1 tin susu cair
- 1/2 cwn gula
- 1 bj kuning telur
- 1 tin laici – asingkan air dan buahnya
CARA PENYEDIAAN
- Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar larut. Perlahankan api.
- Dalam 1 bekas, campurkan gula, telur, susu dan esen vanila- kacau sebati kemudian masukkan dalam agar-agar sambil dikacau.
- Tepung kastard dibancuh dengan sedikit air dan tuangkan dalam campuran puding. Kacau sebati dan tuang dalm bekas. Sejukkan sebelum dipotong.
- ***** KUAH *******
- Satukan semua bahan kecuali buah laici dalam periuk dan masak sampai mendidih. Sejukkan
- Ketika hendak menghidang, potong puding mengikut citarasa dan masukkan dalam cawan, tuangkan kuah dan masukkan buah laici. Boleh juga dihidang dengan peach atau buah campur.
- Nota Kaki : Kuah untuk puding ni agak manis sebab bila nak makan kita tambahkan ais batu.. kalau tak letak ais batu, gula tu perlu dikurangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.