resepi puding karamel yg dalam dia ada kek…guna lebihan kek yg tak habis makan utk buat puding ni..:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

puding karamel permata

resepi puding karamel yg dalam dia ada kek…guna lebihan kek yg tak habis makan utk buat puding ni..:)

BAHAN-BAHAN

  • 60gm gula
  • 4-5 sudu besar air
  • 5 biji telor saiz m- kalau besar pakai 4 je
  • 500ml susu segar
  • 70gm gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • kek secukupnya..ikut la nak letak kek apa pun..saya letak kek coklat dan strawberry ..kek ni dipotong saiz ikut suka…:)
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 panaskan oven…guna loyang saiz 7 inci…sapu loyang dgn mentega…kemudian panaskan loyang dlm oven sekejap biar cair mentega nya…lepas tu keluarkan.
  • buat gula hangus…60gm gula dipanaskan dalam periuk hingga jadi perang dan tanbah 4-5 sudu besar air ..kacau rata ..dah siap masukkan dalam loyang…tak rata pun tak pe…sebab bila dah letak margerin tu loyang memang tak leh ratakan gula..tepikan dan biar sejuk
  • buat puding….satukan bahan2 puding..kacau pelan2 dan tapis…kemudian masukkan kedalam loyang. lepas tu masukkan potongan kek..susun rata…dah siap boleh la dibakar dgn kaedah bain marie….bakar 160c selama 1 jam. tutup dengar aluminium foil
  • dah siap masak..keluarkan dari oven dan biar sejuk. dah sejuk simpan dlm peti ais. agak2 dah sejuk pudingnya baru keluarkan dan terbalikkan…bolehla dimakan..:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN