Resipi dari buku yang baru beli tu ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Karamel Berkrim

Resipi dari buku yang baru beli tu ;)

BAHAN-BAHAN

  • Karamel:
  • 3/4 cawan (185gm/6oz) gula kastor
  • 3/4 cawan (185ml/6 fl oz) air
  • Kastad:
  • 4 biji kuning telur
  • 1/4 cawan (60gm/2oz) gula kastor
  • 11/4 cawan (315ml/6 fl oz) susu segar
  • 3/4 cawan (185ml/6 fl oz) krim – saya guna krim biasa sebab tu je yang ada
  • 150gm (4/3/4 0z) coklat masakan (coklat gelap) dicincang – mudah untuk cair
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven terlebih dahulu (160 darjah/315F/Gas pada penanda 2-3).
  • Satukan air + gula dan masak dengan api perlahan – buat karamel dan curahkan dalam bekas tahan panas (saya guna cawan).
  • Untuk kastad:
  • Pukul gula + kuning telur sehingga agak pekat.
  • Campur susu + krim dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicincang ke dalam adunan susu + krim tadi dan kacau hingga coklat sebati.
  • Setelah itu tuangkan campuran susu + krim + coklat tadi ke dalam mangkuk yang berisi campuran gula + kuning telur tadi dan kacau sebati.
  • Tapis dan tuangkan adunan ke dalam bekas tahan panas dengan cara meletakkan bekas-bekas tersebut ke dalam bekas yang telah dituangkan air.
  • Bakar selama lebih kurang 45 minit atau puding mengeras.
  • Biarkan sejuk dahulu baru diterbalikkan.
  • Bolehlah dihias ikut suka dan selera masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN