Sesuai untuk berbuka dan sebagai pencuci mulut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Gula Melaka

Sesuai untuk berbuka dan sebagai pencuci mulut

BAHAN-BAHAN

  • 140ml sirap gula melaka
  • 4 biji telur
  • 360ml susu segar/susu cair
  • Mentega
  • Sirap gula melaka
  • *****************************
  • Sirap Gula Melaka:
  • 150g gula melaka
  • 200ml (1 cawan) air
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan sirap gula melaka : Campurkan gula melaka dengan 200ml air. Masak sehingga gula melaka cair. Sejuk dan ketepikan.
  • Panaskan susu dengan api kecil sehingga suhu badan manusia. Kemudian padamkan api. Masukkan sirap gula melaka dan kacau.
  • Dalam mangkuk lain pukul telur dengan perlahan. Jangan sampai berbuih.
  • Tapis campuran susu tadi dan masukkan ke dalam telur. Kacau biar sebati.
  • Sapukan cawan puding dengan mentega. Lepas itu isikan campuran ke dalam cawan puding. Susunkan ke atas dulang oven. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (double-boiler).
  • Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 30~35 minit.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  • Tuangkan sedikit sirap gula melaka ke atas puding bila nak makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN