Teringin nak buat Puding Coklat & Marble lak… Memang selalu buat Puding Agar² ni tapi hari ni nak letak Chocolate Powder
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Coklat & Puding Marble
Teringin nak buat Puding Coklat & Marble lak… Memang selalu buat Puding Agar² ni tapi hari ni nak letak Chocolate Powder
BAHAN-BAHAN
- Bahan A:
- 1 liter air
- 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
- 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
- Bahan B:
- 1 biji telur
- 1 Tin Susu Ideal
- 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2-3 titik esen vanila
- Bahan C:
- 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten
CARA PENYEDIAAN
- Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair…
- Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
- Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul…
- Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko…
- Kacau sehingga larut/ sebati
- Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
- Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.