Diinspirasikan daripada resipi azwalissa, cuma diubah sikit pasal ada bahan yg takder lah… jgn marah k azwalissa!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Beras ke, Puding Nasi?

Diinspirasikan daripada resipi azwalissa, cuma diubah sikit pasal ada bahan yg takder lah… jgn marah k azwalissa!

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras biasa
  • 2 cawan air
  • 3/4 susu sejat (saya guna cap F&N)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar esen vanila
  • Sirap strawberi Hershey’s/sirap coklat Hershey’s/campuran serbuk kulit kayu manis+gula dalam botol – optional, kalo takder pun tak jadi hal, bleh ganti buah2an segar atau kering, terpulang pada selera memasing…
CARA PENYEDIAAN
  • Masak beras dengan air, sekali-sekala kacau supaya tak hangit di bahagian dalam bawah periuk. Masak hingga air hampir kering.
  • Masukkan susu, gula & garam, kacau lagi sampai likat @ terasa berat bila makin dikacau. Kacau selalu atas api kecil/sederhana.
  • Masukkan pula esen vanila dan kacau rata. Masak atas dapur hingga butiran nasi betul2 masak.
  • Bila butiran nasi dah betul2 masak, boleh lah ditutup api dapur dan biarkan adunan puding tadi sejuk pada suhu bilik sebelum disendukkan ke dalam bekas kesukaan anda untuk disejukkan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk slama 2-3 jam. Sebelum menghidang, saya letakkan 3 sudu besar puding dalam pinggan dan letakkan sirap strawberi/sirap coklat/ serbuk cinnamon sugar pada setiap satu puding tu… Personally, saya lebih suka yg berperisa cinnamon sugar tu sbab rasa berempah tu potong rasa muak susu. Strawberi tu pun sdap, tapi agak manis…Kalau letak buah segar mesti best kan?…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN