resepi paling ringkas.. dengan menggunakan prata instant.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

::Prata Sardine Puffs::

resepi paling ringkas.. dengan menggunakan prata instant.

BAHAN-BAHAN

  • beberapa keping prata instant – saya guna 6 keping (terpulang brapa keping yg you all nak)
  • 1 tin sardine
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • 1 biji cili merah & 1 biji cili hijau – hiris
  • 2 biji limau purut – untuk perahan jus
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 susu besar cili kering kisar –
  • 1 biji telur untuk disapu di atas kulit prata
CARA PENYEDIAAN
  • Inti Sardine:
  • Masak kan Inti sardine terlebih dahulu.
    Panaskan kuali, dan tumis bawang dan cili2 yang di hiris tadi.
  • tumis hingga naik bau baru letak 2 sudu cili kering kisar.. tumis sampai garing.
  • masukkan ikan sardine dan separuh dari sos nyer. hancurkan ikan sardine tu dan gaul kesemua bahan2 hingga sebati..
  • perahkan jus limau purut sedikit, garam dan gula. terpulang pada rasa masing2.
  • tumis sampai agak kering. tutup api dan sejuk kan sebentar.
  • Kulit Puff:
  • ambil prata instant yg separuh beku dan potong half. kalau prata instant tu dah lembut, taruk tepung gandum sikit untuk elak kan melekat
  • Maukkan inti sardine ke dalam ke satu bahagian kulit prata yg sudah di potong half.
  • tutup kan kulit prata dan kelim kemas2. boleh pakai garfu atau kelim mcm epok2.
    terpulang pada masing2 nak design.
  • sapukan telur yg telah dikacau di atas kulit prata tadi.
  • Panaskan oven 180c.. bakar selama 20 minit itupun ikut oven masing2. dah tukar kaler keperangan, dah siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN