Saya dapat resipi ni dari mamafami.fotopages. Saya rasa ada pembaca kita yang bertanyakan pasal resipi roti kentang ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Potato Bread

Saya dapat resipi ni dari mamafami.fotopages. Saya rasa ada pembaca kita yang bertanyakan pasal resipi roti kentang ni.

BAHAN-BAHAN

  • *600 g tepung roti (berprotein tinggi)
  • *70 g gula
  • *1 1/2 sudu teh garam
  • * 1 1/2 sudu makan susu tepung
  • *4 sudu teh yis segera
  • ** 1 biji telur
  • **270ml air sejuk
  • ***120g kentang lecek
  • ***60g mentega
  • ****kastad
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul sebati semua bahan bertanda *.
  • Masukkan bahan bertanda ** dan uli menjadi doh.
  • Masukkan bahan bertanda *** dan teruskan menguli sehingga doh menjadi lembut & elastik.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan naik selama 45 min it di tempat yang panas.
  • Buangkan angin dan bulatkan doh dan biar berehat lagi selama 15 minit.
  • Bahagikan kepada bola-bola kecil 30g dan susun di dalam loyang pembakar 9″ petak yang telah digriskan. Boleh diisi 16 biji bola 1 loyang. Buat 2 loyang.
  • Biarkan naik selama 45 minit atau 2 kali ganda.
  • Sapukan dengan telur dan paipkan kastad secara bersilang di tengah setiap bebola.
  • Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.
  • Nota: untuk kentang lecek, rebus kentang hingga empuk. Sejukkan & lenyek.
  • Nota: Air sejuk yang saya gunakan dalam resipi ni adalah air rebusan kentang yang telah disejukkan terlebih dahulu. Kemudian, untuk kastad saya guna campuran kastad segera je.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN