di BBBangi ni popia dijual 50 sebiji yg kecik. ada tu sampai 60 sen.. jd, utk berjimat & puas makan, kenalah buat sendiri.walaupun rupa x secantik mana.. yg penting sedap & puas..insyaallah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

popia basah

di BBBangi ni popia dijual 50 sebiji yg kecik. ada tu sampai 60 sen.. jd, utk berjimat & puas makan, kenalah buat sendiri.walaupun rupa x secantik mana.. yg penting sedap & puas..insyaallah.

BAHAN-BAHAN

  • inti:
  • 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih – dihiris
  • segenggam udang kering – dicuci & ditumbuk kasar
  • sebatang lobak merah – disagat
  • 5 helai kacang panjang – dipotong 1 cm
  • sekerping, dua tauhu – potong dadu 1cm
  • 1/4 biji sengkuang – disagat
  • ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
  • bahan2 utk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • sebiji telur, 1 sudu makan cuka, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh rata garam & air secukupnya.
  • bahan utk sos:
  • 20 tangkai cili kering, 5 ulas bawang putih, 2 sudu makan bawang goreng – dikisar
  • 1 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
  • masak inti; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering.
  • masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang.msk ngn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat – ketepikan.
  • masak sos; campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya. ikutlah selera masing2 ya..
  • membuat kulit; gaul sebati semua bahan menggunakan tangan. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. angkat adunan & dihempas2kan hingga kenyal mcm getah.
  • PERAP 3,4 jam.
  • panaskn kuali, dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..)
  • adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
  • biar beberapa minit pstu blhlah diangkat. x pyah diterbalikkn utk msk bhagian sebelahnye
  • buatlah sampai habis.
  • ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. jgn banyak2..nnti lencun kulit tu hehe..
  • isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN