Hiasan atas boleh mengikut citarasa masing-masing..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pizza Ayam
Hiasan atas boleh mengikut citarasa masing-masing..
BAHAN-BAHAN
- 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
- 1 sudu gula
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil yis
- 125 ml air
- 1 sudu mentega
- 1 sudu susu tepung
- Bahan-bahan untuk hiasan atas (topping):
- ** 2 keping dada ayam
- ** 2 ulas bawang putih
- ** serbuk lada sulah
- ** mayonis
- ** sos cili dan sos tomato
- ** keju
- ** sayur campur ( boleh juga diganti dengan cendawan butang dan nenas)
- ** lada sulah
CARA PENYEDIAAN
- Bahan-bahan untuk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biarkan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dengan kain yang lembab.
- Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garpu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
- Untuk hiasan atas: Bawang putih dicincang. Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicincang. Goreng sehingga masak. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
- Sapu kulit piza dengan mayonis. Kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato. Ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur ayam yang digoreng tadi di atas kulit piza dan juga sayur campur. Taburkan keju mengikut citarasa masing-masing..
- Masukkan piza ke dalam ketuhar sekali lagi, bakar pada suhu 200 darjah kira-kira 2~8 minit.. enak dimakan panas-panas!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.