Ubah selera kampung pula.. sedap, cubalah!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pisang Masak Lemak Cili Padi
Ubah selera kampung pula.. sedap, cubalah!
BAHAN-BAHAN
- 3 ulas pisang muda dipotong 2 dan dipotong kecil
- 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
- 2 ulas bawang merah dibelah 4
- 1 biji telur (tak letak pun takpe tapi saya letak)
- 1 keping asam keping
- Sedikit suun
- Sedikit fucuk
- Sedikit ikan bilis
- Bahan untuk dikisar bersama:
- 7 biji cili api
- 1 inci kunyit hidup
- Sedikit garam dan serbuk perisa
- 1 tangkai serai diketuk
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan santan , serai, bahan yang dikisar dan ikan bilis. Masak di atas api yang sederhana, kacau jangan sampai pecah minyak.
- Suun dan fucuk hendaklah direndam sehingga lembut.
- Kemudian masukkan pisang dan bawang merah, kacau dalam 3 minit. Selepas itu bolehlah letak suun dan fucuk.
- Akhir sekali, masukkan telur dan asam keping serta sedikit garam. Kacau sehingga masak. Siap untuk disantap.
- Sesiapa yang ada daun kunyit boleh letak dan sehiris kecil lengkuas.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.