sudu mainan cedok lauk

Hujung minggu bakal tiba, nak buat aktiviti apa ya bersama keluarga? Takkan nak duduk rumah tengok televisyen sahaja kan, mestilah kena ada aktiviti barulah tak bosan.

Mungkin ada yang nak pergi berkelah, mandi sungai, bercuci mata di shopping mall dan sebagainya aktiviti lain.

Kalau ada yang sudah rancang nak pergi berkelah di sungai hujung minggu ini, jangan lupa bawa pinggan, cawan plastik dan sudu.

Jangan hanya bawa makanan saja, kalau terlupa benda penting ini macam mana nak makan agaknya.

Lupa bawa sudu waktu picnic

Seperti yang berlaku kepada sebuah keluarga ini apabila mereka lupa membawa sudu untuk mencedok lauk.

Menerusi video yang dikongsi oleh @fanieshaa di TikTok, kelihatan bebrapa orang lelaki sedang mencedok lauk ke dalam pinggan berisi nasi.

Namun, sudu yang digunakan kelihatan agak lain dari lain. Rupanya mereka lupa untuk membawa sudu cedok lauk.

Oleh sebab itu, mereka terpaksa menggunakan ‘sudu mainan’ milik budak kecil yang dipercayai milik anak kepada salah seorang ahli keluarga tersebut.

Pada akhir video tersebut, kelihatan dua orang budak kecil yang hanya memandang sudu mainan milik mereka digunakan untuk mencedok lauk.

Empunya video juga turut berseloroh mengatakan budak kecil itu memberi jelingan maut kepada mereka yang memegang sudu tersebut.

Video penuh:

@fanieshaa

pakat lupa bawa camca 😆😆 budak tu qeling jaa pakai dia punya menan cedok lauk 😆😂😂😂 hentam saja laa labuu 😂😂 #fyp #tiktokmalay

♬ original sound – masterg530 – Tik Toker

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan kejadian itu dan turut berpendapat ada guna juga mainan yang dibelikan itu.

“Mesti budak kecil tu rasa bangga mainan dia sangat berguna..”

“Muka redho je..”

Kredit: TikTok @fanieshaa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN