Berguru dengan CFN ..Biskut yg enak dan mudah membuatnya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pineapple Cookies

Berguru dengan CFN ..Biskut yg enak dan mudah membuatnya

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A – 130g mantega
  • 120g majerin
  • 75g gula ising( boleh kurangkan ~ 60g)
  • Bahan B(ayak bersama)
    – 100g tepung jagung
  • 290g tepung gandum
  • 1/4 camt baking powder
  • 1/4 camt baking soda
  • Bahan C – Inti nanas secukupnya dibentuk bulat2 kecil
  • Bahan D – 1 biji kuning telur dipukul sikit dan + kan sedikit warna kuning.
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul bahan A hingga kembang.
  • Masukkan bahan B sedikit2 dan gaul rata menjadi doh. Jika terlalu lembik ketika nak membentuk bolehlah ditambahkan dengan sedikit tepung gandum sehingga tak melekat di tangan
  • Ambil sedikit bentuk bulat dan leperkan isi inti nanas tutup dan bentuk seperti dalam gambar.
  • Untuk membuat alur pada biskut guna lidi satay hujung yg tajam tekan sikit membentuk jalur seimbang 6 @ 8 .
  • Sapukan dengan kuning telur di atasnya dan susun dalam loyang bakar 165’C ~ 15 – 20 min @ hingga masak.kekuningan.
  • Untuk tahan simpan pastikan bahagian bawah biskut kekuningan tanda dah benar2 masak dan kering.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
  • Dulu hanya saya yg suka tart nanas ni tapi bila anak2 rasa yg ni dah jadi kegemaran mereka lak..Anak tak suka yg berderai sebelum masuk ke mulut..Biskut ni rapuh, lembut tapi tak mudah berderai..Nak tau cubalah..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN