Lagi resipi Itali yang diubahsuai guna herba Asia.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pesto Asiana
Lagi resipi Itali yang diubahsuai guna herba Asia.
BAHAN-BAHAN
- Sos Pesto:
- Daun ketumbar ~ anggaran RM2-RM3 (seikat)
- 3 ~ 4 ulas bawang putih
- 100-200g kacang gajus – panggang keperangan
- 1 cawan minyak zaitun atau lebih
- 1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu stok ayam yang cair) – jika suka
- Sedikit parutan keju parmesan – jika suka
- Pasta pilihan direbus mengikut arahan pada peket (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)
CARA PENYEDIAAN
- Buat sos dulu : Dengan menggunakan pengisar, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.
- Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga seminggu.
- Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang. Campurkan 2 sudu besar sos pesto – kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
- Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
- NOTA 1 : Resipi Itali asal guna daun basil dan ‘pine nuts’. Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja.
- NOTA 2 : Sos memang warna hijau, tapi rasanya sedap. Terbaik untuk anda yang inginkan kelainan!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.