Perencah untuk ikan bakar.
Resipi kreatif mak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Perencah Bantut Ikan (Sambal Kelapa)

Perencah untuk ikan bakar.
Resipi kreatif mak..

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu kecil Jintan Manis – ditumbuk halus
  • 4 biji Bawang Merah
  • 3 – 4 batang Serai – dihiris nipis
  • 3 – 4 biji Cili Padi
  • 1/2 biji Kelapa – diparut
  • Perahan Air Asam Jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air untuk diblend
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan tadi di dalam pengisar dan kisarkannya sehingga lumat.. Jika mahu masin sedikit, boleh la rasa dan tambah garam.. Ikut cita rasa la ye..
  • Selepas itu, masukkannya di dalam kuali dan gaul tanpa minyak sehingga kering airnya..
  • Akhir sekali, masukkan sambal kelapa itu ke dalam ikan yang telah dibelah belakang.. Bakar..
  • ** Boleh juga kalau nak guna ikan besar seperti terubuk dll.. Pastikan gaul ikan dengan sedikit garam dahulu..
  • ** Kalau nak bakar ikan besar menggunakan dapur gas.. Balut ikan dengan daun kunyit, letakkan dalam kuali besar atas api sederhana besar (tanpa minyak) dan mampatkannya dengan tudung periuk.. Letakkan pemberat seperti lesung batu di atasnya.. Bakar ikan itu sehingga kering air di sebelahnya, dan terbalikkan ikan. Masak sehingga kering airnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN