Simple & sedap. Boleh modify goreng basah/kering. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Penang Char Kway Teow

Simple & sedap. Boleh modify goreng basah/kering. :)

BAHAN-BAHAN

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling/cili boh pun ok
  • 1 cawan air rebusan udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh petis udang
  • 1 peket kway teow (jenis halus)
  • Daun kucai (ikut suka)
  • Taugeh (ikut suka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur gred A
  • Garam secukup rasa
  • 15 ekor udang sederhana :)
CARA PENYEDIAAN
  • Air rebusan udang:
    Sediakan dahulu air rebusan dgn 1 cawan air digunakan utk merebus udang + 1 sudu teh garam.
  • Pes cili:
    Tumiskan bawang merah (tumbuk) & cili giling. Setelah pecah minyak, masukkan air rebusan udang tadi + sos tiram + petis udang. Renih hingga pekat. Kalau nak kway teow yg basah, air rebusan tu boleh lah letak lebih & tak perlu renih sampai pekat. Tambahkan sedikit garam. Dah masak, boleh lah ketepikan dahulu.
  • Kicap:
    Campurkan kicap pekat + kicap manis. Gaul sebati.
  • Cara memasak:
    Tumiskan bawang putih (tumbuk) hingga naik bau. Masukkan udang & goreng seketika. Ambil sedikit pes cili & gaulkan. Tambahkan kway teow & kacau sebati. Masukkan daun kucai & kacau lagi. Tambahkan pes cili + kicap secukup rasa & kacau lagi hingga warna & rasa sebati. Ketepikan sedikit & masukkan telur. Setelah telur agak masak, gaulkan dengan kway teow. Masukkan taugeh & kacau. Gunakan api yg besar sepanjang memasak.
  • Siap & sedia utk dihidang dengan cili jeruk jika suka. Selamat mencuba :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN