Peanut butter chocolate chip muffin
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Peanut Butter Muffin
Peanut butter chocolate chip muffin
BAHAN-BAHAN
- 120g mentega tanpa garam – suhu bilik
- 150g gula perang
- 20g gula halus
- 2 biji telur (saiz L)
- 300g tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk penaik
- Secubit garam
- 120ml susu segar
- 120g mentega kacang (krim)
- 100g chip coklat
- *****************************
- – Cocoa crumber-
- 25g serbuk badam
- 50g tepung gandum
- 50g gula halus
- 50g mentega tanpa garam – potong kecil-kecil
- 3 sudu kecil serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan cocoa crumber- ayak tepung, serbuk badam dan serbuk koko dan juga gula. Kemudian masukkan mentega. Ramas-ramaskan biar berketul. Simpan dalam peti ais.
- Penyediaan muffin: – Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
- Bahagikan gula kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan 1 bahagian, pukul dan ulang sampai habis.
- Pukul telur di dalam mangkuk lain. Bahagikan juga kepada 3 bahagia. Masukkan 1 bahagian telur ke dalam mentega tadi dan pukul. Ulang sampai habis.
- Ayakkan tepung, garam dan juga serbuk penaik. Bahagikan juga kepada 3 bahagian.
- Masukkan 1 bahagian tepung ke dalam adunan mentega tadi..kacau cepat-cepat. Masukkan pula 1/2 susu segar. Kacau lagi.
- Ulang langkag 6 sampai tepung habis.
- Masukkan pula chip coklat dan mentega kacang. Kacau biar jadi bentuk ‘mubble’.
- Kemudian isikan ke dalam cawan muffin. Biarkan 3/4 penuh.
- Penuhkan cawan muffin dengan cocoa crumber.
- Bakar dalam suhu 180C selama 20 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.