Rasa mentega kacang dengan manis coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peanut Butter Choco Muffin

Rasa mentega kacang dengan manis coklat.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (diayak): 100g tepung gandum dan 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 50g marjerin
  • 40g gula
  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • 50ml susu segar
  • Mentega kacang (kuantiti bergantung kepada jumlah muffin)
  • 70g coklat bar (coklat makan yang biasa pon boleh)
CARA PENYEDIAAN
  • Coklat bar dihiris kecil-kecil.
  • Pukul mentega sampai jadi bentuk krim (tak perlu sampai kembang). Masukkan gula dan pukul sampai sebati.
  • Telur yang telah dipukul sikit (bukan kembang) dimasukkan sedikit demi sedikit dalam adunan (2) sambil dikacau.
  • Masukkan bahan A diselang selikan dengan susu. Kacau setiap kali bahan-bahan ini dimasukkan. Mulakan dengan bahan A dan akhiri dengan bahan A.
  • Setelah bahan rata, masukkan hirisan coklat tadi. Kacau sampai rata.
  • Masukkan adunan dalam bekas muffin lebih kurang separuh. Sudukan mentega kacang (dalam 1/2 sudu besar) atas muffin. Kemudian tuangkan sedikit lagi adunan atas muffin tadi (mentega kacang jadi macam inti).
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25~30 minit.
  • Nota: Dalam gambar, mentega kacang tu saya letak atas muffin, sebab awal-awal saya dah terlebih letak adunan dalam bekas. Nanti takut melimpah sampai luar bekas. Yang penting, rasa muffin tetap sama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN