Yummy..yummy… sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peach Muffin

Yummy..yummy… sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang

BAHAN-BAHAN

  • 150g tepung
  • 1/2 sudu besar serbuk penaik
  • 75g gula perang
  • 10g gula halus
  • 60g mentega – suhu bilik
  • 1 biji telur (saiz L) – suhu bilik
  • 60ml susu segar
  • 1 biji buah pic
  • 50g gula aising
  • 3 sudu kecil air
  • 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.
  • Kupas kulit pic. Potong dadu anggara 1.5cm. Ketepikan.
  • Pecahkan telur. Kacau biar telur putih dan telur kuning bercampur. Ketepikan.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Masukkan pula gula ke dalam mentega. Pukul sehingga putih.
  • Masukkan 1/3 telur. Pukulkan. Ulang sampai habis.
  • Bahagikan tepung yang diayak kepada 3. Masukkan 1/3 tepung ke dalam adunan. Kacau cepat-cepat. Diikuti pula dengan 1/2 susu. Buat sampai tepung habis berselang seli dengan susu.
  • Akhir sekali masukkan pic. Kacau balikkan. Kemudian masukkan ke dalam cawan muffin.
  • Bakar dengan suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Sediakan aising. Campurkan gula aising, air dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  • Apabila muffin dah masak, letaklah aising ni ke atas muffin.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN