Resipi dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yang dikongsi di RNet. Pau ini sangat gebu dan halus teksturnya macam pau komersial.. memang best!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Hong Kong

Resipi dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yang dikongsi di RNet. Pau ini sangat gebu dan halus teksturnya macam pau komersial.. memang best!

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera – Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C – larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti – ikut citarasa sendiri
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  • Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  • Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  • Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  • Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  • Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  • Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  • Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  • Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu ‘defrost’ (api sederhana).
  • Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada tulis “(pow)” @ “(pau)”. Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN