Kuih bijan ini merupakan kuih yang paling mudah untuk dibuat. Kalau teringin nak buat kuih raya, korang boleh cuba buat kuih bijan mesti menjadi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nira Abdullah di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH BIJAN

Kuih bijan ini merupakan kuih yang paling mudah untuk dibuat. Kalau teringin nak buat kuih raya, korang boleh cuba buat kuih bijan mesti menjadi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nira Abdullah di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1kg tepung gandum

  • 1 cawan tepung jagung

  • 1 cawan susu Nespray

  • 2 sdb minyak sapi

  • 3 sdb bijan hitam

  • 1 cawan gula aising

  • Minyak jagung secukupnya sehingga adunan boleh dibentuk

Kredit: Nira Abdullah

CARA PENYEDIAAN
  • Ulikan kesemua bahan tadi sehingga menjadi adunan.

  • Masukkan adunan ke dalam bekas adunan biskut, supaya ada bentuk.

  • Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah selama 15-20 minit.

  • Taburkan susu selepas selesai dibakar. Siap dan boleh dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending