spesel dari orang nogori…merocik poluh kek dahi makan ni, jang… si milah lalu pun x sodar… eheh!~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Patin Masak Lemak Cili Api

spesel dari orang nogori…merocik poluh kek dahi makan ni, jang… si milah lalu pun x sodar… eheh!~

BAHAN-BAHAN

  • 5 potong ikan patin
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.
  • tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  • masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
  • masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
  • Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  • kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
  • Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang…… TIPS : ikan patin masak lemak cili api ni kalo simpan semalaman dan kerap dipanaskan lagii tambah sedappp…. Boleh juga tambahkan tempoyak utk rase yg lebih mabelesz!~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN