masak utk dinner smlm…slalu guna macaroni @ elbows, tpi yg ni sy guna spirals…hasilnye lbih baik lgi…(wlau dh sejuk masih lmbut)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

???Pasta O’La La®

masak utk dinner smlm…slalu guna macaroni @ elbows, tpi yg ni sy guna spirals…hasilnye lbih baik lgi…(wlau dh sejuk masih lmbut)

BAHAN-BAHAN

  • 500gm pasta – spirals/macaroni/elbows dll
  • rebus/toskn
  • 500gm daging/ayam pun bleh – dcincang kasar/potong kecil
  • *10 biji telur B@C – cuci dulu
  • *450ml – susu segar @ susu penuh krim
  • *1 sudu besar srbuk lada putih @ hitam
  • bhn brtanda dsatukn
  • 1 @ 2 labu bawang besar – didadu/dcincang
  • 5 ulas bawang putih+sedikit halia – dcincang halus
  • 2 @ 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 tin kecil (100gm) – tomato puree
  • 1 paket kecil – serbuk kari daging
  • 2 biji tomato – buang biji/ddadu
  • ~bleh tmbh lada benggala/cendawan butang dll
  • ~daun sup – dhiris halus
  • ~bawang goreng/parutan keju/slice sheese dll
  • garam cukup rasa/bhn perasa tmbahan
  • 1/2 cawan minyak masak/1 sudu besar butter@marjerin
CARA PENYEDIAAN
  • Dlm kuali…tumiskn 2 jenis bawang+halia hingga naik bau & layu, x prlu garing dikuti serbuk kari & cili kisar…
  • Masukkn daging, gaul mesra hingga daging kecut, rempah pecah minyak & naik aromanye
  • Bleh masukkn tomato puree, kicap manis, butter & garam @ bhn perasa tmbahan. Gaul sebati…x prlu lama..
  • Masukkn pasta, tomato & daun sup (cepat2 padamkn api) Gaul semua bhn hingga mesra alam @ sebati.
  • Sediakn loyang yg dsapu butter @ marjerin, masukkn pasta & ratakn (tekan sedikit dgn sudip @ senduk) x prlu mampat…
  • Tuangkn bncuhan brtanda datas (susu+telur+srbuk lada) keatas pasta…
  • Bleh tabur dgn parutan keju @ sy letak slice sheese yg dcarik-carik ckit…ikut kreativiti masing2…
  • Bakar dlm oven 180’C, 30 – 40minit (sy masukkn dlm 2 loyang, 30minit dah ok…
  • Apabila pasta dah masak tabur bawang goreng, off oven…biar kt dlm oven 5 minit baru keluarkn
  • Bleh letakkn kt atas pasta tu dgn mayonis & sos cili @ apa2 yg sesuai dgn tekak kita
  • Bleh dpotong @ kaup dgn sudip aje, selamat mncuba kwn2…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN