Rasa macam puding tapi lebih pekat/padu
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pannacotta Gula Melaka
Rasa macam puding tapi lebih pekat/padu
BAHAN-BAHAN
- 1/2 cawan (100ml) susu segar
- 1 cawan (200ml) krim segar
- 20g gula melaka
- 7g serbuk gelatin + 1/4 cawan (50ml) air
- *Sirap*
- 40g gula melaka
- 1/4 cawan (50ml) air
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan susu segar, krim segar dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
- Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
- Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
- Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
- Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
- Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.