Resipi ni memang mudah macam buat goreng pisang, cuma tepung salut tu guna tepung gram dal (besan) dan tepung beras. Mudah dan sangat sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pakoras Roti

Resipi ni memang mudah macam buat goreng pisang, cuma tepung salut tu guna tepung gram dal (besan) dan tepung beras. Mudah dan sangat sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan tepung gram dhal
  • 1/4 cawan tepung beras
  • segenggam daun ketumbar dihiris halus
  • 4-5 biji cili hidup dihiris halus
  • satu sudu besar cumin seed (jintan yg halus tu, bukan yg gemuk)
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • Roti yg dihiris nipis. Roti sandwich boleh potong 4. Saya guna roti bulat dihiris nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung gram dhal, tepung beras, garam kedalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit. Kacau sampai jadi macam tepung celup goreng pisang tu. Pekat sikit pun ok.
  • Masukkan daun ketumbar, cili, dan jintan. Kacau sampai sebati.
  • Panaskan minyak. Celupkan hirisan roti kedalam adunan tepung tadi dan goreng sampai kekuningan macam masak goreng pisang.
  • NOTA: Tepung gram dhal atau besan ni orang kedah panggil tepung kacang parpu. Senang nak cari, pergi kedai India. Selain dari roti, pakoras jugak boleh dicelup dengan sayur seperti kentang, carrot, terung, etc. yg dihiris nipis Macam tempura..tapi rasa dia lagi best :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN