Bagaimana cara nak masak Pais Ikan & Tempoyak?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pais Ikan & Tempoyak

Bagaimana cara nak masak Pais Ikan & Tempoyak?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan kelarkan) 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris) 
  • ½ cawan tempoyak 
  • 10-15 biji isi petai 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 10 biji cili api 
  • 2 biji cili merah 
    (Kunyit hidup, cili api & cili merah dikisar bersama)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Aluminium foil secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan daun kunyit bersama tempoyak, isi petai, bahan yang dikisar, gula, dan garam. 
    2. Masukkan sedikit bahan yang digaul ke dalam belahan ikan. 
    3. Ratakan bahan yang digaul pada ikan. Bungkus menggunakan daun pisang yang dilapik aluminium foil dengan kemas. 
    4. Bakar selama 10-15 minit di dalam kuali non-stick yang bertutup dengan api perlahan. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN