Pencuci mulut untuk awek datang ke rumah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Epal Amerika Untuk Awek

Pencuci mulut untuk awek datang ke rumah

BAHAN-BAHAN

  • Untuk doh pai:
  • 2 cawan tegung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 6 sudu mentega atau marjerin pon ok je
  • 6 sudu air ais (mesti sejuk)
  • Untuk isi pai:
  • 4 biji epal merah di potong 8 (sekeping sekeping)
  • 1 senduk gula
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 tangkai kayu manis (cinnamon) ditumbuk halus /atau beli serbuk kayu manis untuk 1/2 sudu
  • 1 sudu cuka epal (cider vinegar) atau cuka biasa pon ok
  • 1 biji limau nipis-Epal yang telah dipotong tadi,direndam di dalam air limau nipis (supaya tidak hitam)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk doh:
  • Gaulkan kesemua bahan dan uli dalam bentuk bulat, simpan dalam beg plastik di dalam peti sejuk sementara membuat isi pai.
  • Untuk isi pai:
  • Gaulkan tepung,serbuk kayu manis,gula,garam dan cuka sehingga sebati dan sama warna
  • Tos kan air epal. Kemudian campurkan bahan gaulan tadi bersama epal
  • Untuk bakar pai epal:
  • Adunan doh seperti bola tadi i dikeluarkan dan bahagi dua.
  • Lenyekkan sebelah bola tadi sehingga nipis dan letak di atas loyang pembakar
  • Ambil garpu dan cocok-cocokkan doh tersebut yang telah di letakkan di atas loyang (supaya ada lobang angin)-jangan besar lobang tu !
  • Sebelah doh lagi dilenyekkan nipis, dan tutup di atas loyang tersebut (loyang jangan besar).
  • Ambil garpu, dan tekan keliling pai supaya mampat dan nampak berbentuk pai di kedai
  • Panaskan ketuhar 10 minit (dalam 205 darjah selsius)
  • Bakar epal pai tersebut selama 50 minit,dengan kepanasan 205 darjah selsius

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN