Bagaimana cara nak masak Otak-Otak?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Otak-Otak

Bagaimana cara nak masak Otak-Otak?

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • ½ cawan kelapa parut muda 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • ½ sudu teh belacan 
  • 2 biji buah keras 
    (Bawang merah, bawang putih, belacan & buah keras dikisar bersama)
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 5 helai daun kaduk (dimayang halus)
  • 2 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya (dikerat sepanjang 10 inci) 
  • Pencucuk sate secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan ikan dan hiriskan nipis. 
    2. Tumbukkan kelapa dan lada hitam sehingga sebati. 
    3. Gaul sebati ikan, bahan tumbuk, bahan kisar, rempah kari, daun kaduk, daun kunyit, dan garam. 
    4. Isikan bahan yang digaul ke dalam daun pisang. Bungkus dengan kemas. Sematkan dengan pencucuk sate di kedua-dua hujung daun 
      pisang. 
    5. Bakar di atas kuali non-stick selama 8-10 minit. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN