Kek mentega yang dipelbagaikan.Sesuai disajikan bila2 masa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Oreo Butter Cake™

Kek mentega yang dipelbagaikan.Sesuai disajikan bila2 masa.

BAHAN-BAHAN

  • 200 g mentega
  • 200 g gula kastor/halus
  • 4 biji telur – gred A
  • 200 g tepung naik sendiri*
  • 1 sb serbuk koko* (bahan * diayak bersama)
  • 8 keping biskut Oreo – dicincang kasar bersama krimnya sekali
  • 3 keping biskut Oreo – juga dicincang kasar untuk tabur
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 175C.Loyang dialas dan digris.
  • Pukul mentega,gula dan esen hingga berkrim.Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga adunan kembang.
  • Masukkan biskut Oreo(8 kpg) dan gaul rata.
  • Masukkan pula campuran tepung dan kaup balekkan adunan hingga sebati.
  • Tuang dan ratakan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan biskut Oreo (3 kpg) di atas permukaannya.
  • Bakar selama 40 min atau hingga masak.
  • Sejukkan kek di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN