Pelbagaikan lagi resepi roti. Lembut dan gebu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Orange Bread

Pelbagaikan lagi resepi roti. Lembut dan gebu

BAHAN-BAHAN

  • 250gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening
  • 1 sudu kecil parutan kulit limau
  • 2 sudu besar gula
  • 125ml susu segar
  • 25ml jus limau
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux
  • bahan-bahan water roux: (resepi asal oleh mamafami) 25 gram tepung gandum dan 125 ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Water Roux:
    Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Sejukkan sebelum guna. kalau nk buat water roux ni byk buat dlm nisbah tepung:air 1:5. Boleh bertahan 3 hari dalam peti ais
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
  • Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Ambil 45gm dah bentukkan roti hingga habis. Tutup dgn kain basah agar kekal lembab. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 20 – 25 minit.
  • Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
  • Simpan roti dalam plastik/bekas kedap udara agar kekal lembut.
  • Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN