Bagaimana cara nak masak Opor Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Opor Daging

Bagaimana cara nak masak Opor Daging?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg daging (Dihiris nipis) 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 15 biji bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 3 batang serai 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar bersama)
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari daging 
  • 1 sudu makan jintan manis 
  • 1 sudu teh jintan putih 
  • (Serbuk rempah kari daging, jintan manis dan jintan putih dikisar bersama)
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa) 
  • 1 sudu makan gula perang ataupun gula merah 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B(Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    2. Masukkan bahan yang dikisar dan serbuk rempah kari daging yang digaul dengan jintan manis dan jintan putih. Kemudian kacau rata. 
    3. Masukkan daging dan kacau lagi sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yang kecil sehingga mendidih dan daging lembut. 
    5. Masukkan gula perang, garam, asam gelugur, dan kerisik. Kacau sehingga pecah minyak. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN