Resepi dari internet yang telah diubahsuai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Onion Gratin Soup

Resepi dari internet yang telah diubahsuai.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji bawang besar (yang putih)
  • 15gm mentega
  • 2 sudu besar minyak zaitun (boleh ganti dengan minyak masak)
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 3 cawan air
  • Sedikit keju piza dan parmesan
  • Sedikit pasli jika suka
  • 1 helai daun bay (‘bayleaf’)
  • Lada hitam
  • 4 keping roti baguette jika ada (atau boleh ganti dengan roti biasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Potong bawang besar nipis-nipis.
  • Panaskan mentega dan minyak zaitun. Goreng bawang sampai jadi macam karamel. Ambil masa 45 minit – 1 jam. Kacau sentiasa, jangan tinggalkan nanti hangus.
  • Masukkan 3 cawan air, daun bay, kiub ayam dan lada hitam ke dalam (2). Renihkan selama 15 minit.
  • Bakar roti seakan perang, kemudian gosok bawang putih ketika masih panas.
  • Masukkan sup tadi ke dalam 4 bekas tahan panas berasingan. Letakkan roti di atas sup.
  • Tabur parutan keju dan lada hitam. Bakar dalam oven atau pun pemanggang sehingga keju cair dan keperangan. Sebelum dihidangkan bolehlah ditaburkan pasli sebagai hiasan.
  • Sedap dimakan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN