My Nugget Is Made From Tempe…..!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nugget Tempe

My Nugget Is Made From Tempe…..!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus – tempe plastik
  • 1/2 genggam – udang kering – direndam
  • 1 labu – bawang besar – dicincang halus
  • 2 ulas – bawang putih – dicincang halus
  • 2 sudu kecik – serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecik – secukup rasa maggi atau sedap rasa knorr
  • 2 biji – telur
  • 2 sudu besar – tepung gandum
  • garam secukupnya
  • BAHAN UNTUK COATING
  • 1 atau 2 biji telur – pukul dengan sedikit garam
  • bread crumb warna oren – secukupnya untuk menyalut
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk tempe dan udang kering sampai lumat guna lesung batu…tapi tak perlu lumat
    sangat…agak2 hancur sampai takder sangat bentuk kacang tempe tu
  • Gaulkan bawang merah ,bawang putih, lada sulah , secukup rasa , garam , telur dan tepung
    sehingga sebati dan mesra bahan2
  • Panaskan kukusan dan ratakan adunan tempe dalam loyang yg sesuai……masa
    ratakan…adunan tempe jangan tebal sangat jangan nipis sangat….agak tebal macam nugget yg kita makan selalu pun okay…
  • Kukus dalam masa 10 hingga 15 minit supaya telur dan tepung melekat sebati dengan
    adunan…
  • Kemudian angkat adunan dari kukusan sejukkan sekejap…
  • Dah sejuk sikit bolehlah dipotong ikut suka… kalau rajin dan kreatif boleh juga potong
    guna acuan kuih yg ada macam2 bentuk….
  • Dah potong semua masa untuk coating….celup kepingan tempe dengan telur kemudian
    golekkan pada bread crumbs….
  • Sejukkan sekejap dalam peti ais lebih kurang 1o minit untuk bagi bread crumbs tu betul
    melekat…
  • Lepas 10 minit boleh goreng dengan api sederhana….tapi jangan goreng lama sangat ….
    agak2 dah bertukar warna jadi golden brown sikit bolehlah angkat dan toskan minyaknya
    sekali….
  • Dah siap boleh makan buat lauk denagna nasi atau makan gitu jer ….nak cicah ngan sos
    atau mayonis pun boleh..
  • Terima Kasih MyResepi Dan Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN