Masakan nasi cara tradisi Sepanyol dari kawasan Mediterranean dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi di Malaysia yang beriklim tropika. Periuk yg sesuai ialah yg leper sikit, tapi kalau takde hentamlah periuk apapun…Mengandungi 3 jenis sumber protien:- ayam, udang & sotong. Sesuai untuk makan tengahari ataupun masa birthday party. Topping seafood yg beraneka jenis kat atas tu boleh menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya. (simple, sedap dan gerenti jadi punyalah…!)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Paella (Spanish Rice)
Masakan nasi cara tradisi Sepanyol dari kawasan Mediterranean dengan bahan-bahan yang mudah diperolehi di Malaysia yang beriklim tropika. Periuk yg sesuai ialah yg leper sikit, tapi kalau takde hentamlah periuk apapun…Mengandungi 3 jenis sumber protien:- ayam, udang & sotong. Sesuai untuk makan tengahari ataupun masa birthday party. Topping seafood yg beraneka jenis kat atas tu boleh menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya. (simple, sedap dan gerenti jadi punyalah…!)
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (Menumis):
- 1 labu bawang besar – potong dadu
- 1 ulas bawang putih – cincang
- 2 inci halia – diketuk
- Bahan B:
- 4 pot beras – basuh dan tos
- 1 kiub pati ayam – dilarutkan dalam air yg cukup utk masak nasi 4 pot
- 200 gram isi ayam – dihiris nipis
- 200 gram udang – dibuang kulit
- 200 gram sotong
- 1 biji cili merah – dicincang ( kalau ada capsicum merah & hijau lagi sesuai)
- 2 biji tomato – dicincang
- 3 sudu marjerin
- 2 sudu minyak masak
- 1 pokok daun sup – dicincang
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit (menggantikan saffron yg mahal dan susah nak cari)
- garam secukup rasa (biasanya 1-2 sudu teh dah cukup cantik)
- 1 biji kecil – limau kasturi/ limau nipis
CARA PENYEDIAAN
- Gunakan kuali, panaskan marjerin
- Goreng udang dan sotong. Angkat dan ketepikan dulu.
- Kemudian letak periuk di atas dapur, tumiskan Bahan A dengan minyak hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Kacau rata.
- Masukkan larutan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan garam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih.
- Masukkan beras, tomato, cili dan perahan limau. Kacau sedikit, tutup periuk dan biarkan ia sehingga masak. Pastikan api kecil.
- Apabila nasi dah masak, taburkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sekejap.
- Akhir sekali bila dah masak, angkat periuk dan terus letak diatas meja. Bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga. Beginilah rupanya nasi paella bila dihidangkan atas pinggan…
- Nak lagi best, hidangkan dengan fresh oren / ribena…tengah-tengah hari kalau pekena memang…pergh…nikmat!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.